Mengapa Minyak Zaitun Olivie 30X Berasa Kelat Dan Pahit?

Ada yang bertanya apakah tanda minyak zaitun yang dijual itu minyak yang berkualiti dan terbaik?
Kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian Hydroxytyrosol dan Oleuropein.
Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kumpulan Polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Cuma Hydroxytyrosol dan Oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi.
Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang suka minum kopi, sukakan rasa pahit dan kelat kopi.
Minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain (seperti minyak canola) untuk menjadikan harganya lebih murah.
Bagi mengurangkan rasa pahit (terutama bagi mereka yang tak biasa dengan minyak zaitun), ambil satu sudu minyak zaitun, campurkan sedikit madu dan cuka teen.
Ia boleh terus dimasukkan ke dalam mulut atau dicampur dalam air kosong satu gelas.
Bila sudah biasa, boleh ambil terus satu sudu minyak zaitun ke dalam mulut.
Semoga bermanfaat.
Pilihan saya Minyak Zaitun Olivie 30x dan Minyak Zaitun Olivie Power Up.

Hubungi kami di talian

Alamat
Aafiyat Store Bukit Beruntung
No 41-G, Jalan Adenium 2G/7, Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.

Google Maps

Facebook

Comments

Popular posts from this blog

Kajian minyak zaitun Olivie Power Up meningkatkan kelajuan pemprosesan otak

Kajian Pembuktian Keberkesanan Olivie Plus 30x dari Institusi Universiti di Kanada.

OLIVIE PowerUp penambah imuniti. Makanan super yang dibuat daripada pokok zaitun organik yang bertahan hidup di padang pasir.