Mengapa Minyak Zaitun Olivie 30X Berasa Kelat Dan Pahit?
Ada yang bertanya apakah tanda minyak zaitun yang dijual itu minyak yang berkualiti dan terbaik? Kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian Hydroxytyrosol dan Oleuropein. Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kumpulan Polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Cuma Hydroxytyrosol dan Oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi. Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang suka minum kopi, sukakan rasa pahit dan kelat kopi. Minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain ...