Madu Kyrgyzstan Kategori Granulated Honey
Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat
bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah
kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu
tiruan.
Hubungi kami di talian
Kebenarannya adalah madu itu sendiri
adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) sama
ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal,
lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana.
Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga, jika lebah mengambil nektar
darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.
Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan
1. Ratio glukosa dan fruktosa
Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses
lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi
berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur
2. Kandungan air dalam madu
Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada
iklim dan kelembapan kawasan.
Jika kandungan air antara 15-20%, ditambah faktor glukosa yang tinggi,
madu cenderung untuk menghablur.
Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut
dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu
di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang
menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.
Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan
dalam suhu antara 0 – 25’C – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.
Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau
besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.
Isu kelikatan=penghabluran.
Fenomena semulajadi utk jenis Madu Gunung yg unfiltered dan raw.
Dapatkan Madu Kyrgyzstan di Aafiyat Store Bukit Beruntung berdekatan anda. KLIK DISINI UNTUK PEMBELIAN.
Madu Kyrgyzstan 350G
Sijil Pengiktirafan Madu Kyrgyzstan Olive House
Apakah itu Pensijilan Makanan Autentik?Skim pensijilan ini adalah bertujuan memberikan pengiktirafan ke atas produk makanan yang disahkan autentik/tulen dan memenuhi keperluan skim pensijilan makanan autentik.Apakah itu Makanan Autentik pula?Makanan autentik merujuk kepada produk makanan yang tidak bercampur dengan apa-apa bahan tambah lain kecuali yang diperlukan dalam pemprosesan makanan tersebut seperti dalam peruntukan 18(2), PPM 1985.
Keperluan dalam permohonan skim pensijilan makanan autentik seperti berikut :
i) Makanan autentik/tulen hendaklah sentiasa dilindungi daripada bercampur dengan makanan bukan autentik/tulen,
ii) Makanan autentik/tulen hendaklah sentiasa dilindungi daripada bercampur dengan bahan-bahan yang tidak dibenarkan ditambah dalam makanan autentik/tulen atau apa-apa bahan yang boleh mencemarkan makanan autentik/tulen tersebut,
iii) Mempunyai sistem kebolehkesanan di sepanjang rantaian pemprosesan dan pengendalian makanan autentik/tulen.

Negara Kyrgyzstan dimana madu yang dipasarkan Olive House diambil. Kawasan pergunungan, pelbagai spesis bunga dan jauh dari pencemaran.
Hubungi kami di talian
https://www.wasap.my/60123736354
03-60214107
03-60214107
Alamat
Aafiyat Store Bukit Beruntung
No 41-G, Jalan Adenium 2G/7, Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.
Google Maps
Facebook
Comments
Post a Comment