Posts

Berikan Makanan Bernutrisi Untuk Anak

Image
Memberikan makanan yang bernutrisi kepada anak-anak kita bukanlah suatu perkara yang sukar. Ia tidak memakan belanja yang mahal. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah MENUKAR CORAK PENYEDIAAN MAKANAN yang biasa kita berikan kepada anak-anak. Malah ia lebih menjimatkan kerana kita tidak terlalu bergantung kepada makanan yang telah diproses, dibungkus dan dijual di pasaraya besar. Kita boleh menyediakan dalam harga yang lebih murah dan kuantiti yang lebih banyak. Untuk mengubah corak penyediaan makanan, ibu bapa harus mendapat infomasi yang betul mengenai pemakanan. Ramai ibu bapa yang suka melihat anak mereka makan banyak ketika waktu sedang makan, tetapi dalam pada masa yang sama terlupa bahawa makanan yang diberikan mungkin tidak bernutrisi. Kita selalu ghairah melihat kuantiti makanan yang dimakan tetapi lupa tentang kualiti yang anak-anak kita makan. Biarlah anak kita makan makanan yang lengkap dengan karbohidrat yang tidak berproses (karbo kompleks), protein, minyak s...

Madu Kyrgyzstan Kategori Granulated Honey

Image
Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan. Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal, lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana. Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga, jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain. Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan 1. Ratio glukosa dan fruktosa Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur 2. Kandungan air dalam madu Kandungan air dalam madu adalah dari 15% ...

"Fatburner" Semulajadi? - Ketahui bagaimana gabungan minyak zaitun Olivie Plus 30X dan cuka buah Teen berfungsi.

Image
Rata-rata dikalangan kita mula mencari sesuatu yang boleh membantu proses menguruskan berat badan dan proses membakar lemak setelah makan macam-macam. Sehinggakan makanan-makanan begini digelar sebagai “fatburner”. Kerana ia memainkan peranan dalam proses badan membakar lemak ataupun kalori dari badan. Selain daripada pengambilan makanan tinggi protein dan peningkatan aktiviti membakar kalori, pengambilan minyak zaitun Olivie Plus 30X lemak sihat dari jenis  mono-usaturated fats  (MUFA) juga dapat membantu proses membakar lemak. Ini kerana MUFA akan menjadikan seseorang berasa kenyang lebih lama  (1) . Dalam masa yang sama ianya dapat merendahkan hormon insulin iaitu hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak. Minyak zaitun asli seperti Olivie Plus 30X antara kumpulan minyak yang mengandungi tinggi nilai MUFA. Terdapat kajian menunjukkan minyak zaitun asli dapat membantu menurunkan  triglyceride , meningkatkan kolestrol baik HDL dan merangsang pelepasan G...

Mengapa Minyak Zaitun Olivie 30X Berasa Kelat Dan Pahit?

Image
Ada yang bertanya apakah tanda minyak zaitun yang dijual itu minyak yang berkualiti dan terbaik? Kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian Hydroxytyrosol dan  Oleuropein. Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kumpulan  Polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Cuma Hydroxytyrosol dan Oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi. Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang suka minum kopi, sukakan rasa pahit dan kelat kopi. Minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain ...

Khasiat Minyak Zaitun Olivie Power Up membantu anda kelihatan lebih muda dari umur anda sebenar WOW!

Image
Bila tubuh sihat, banyak perkara menjadi lebih mudah. Kerja harian, solat, pergerakan sana-sini terasa menyenangkan. Pemakanan berkhasiat & tinggi antioksida amat membantu sistem tubuh berfungsi dengan baik. Disamping itu, pemakanan yang memudaratkan perlulah dikawal dan dielakkan.  Olivie Power Up, Khasiat Berganda dari Ekstrak Pohon Zaitun dalam bentuk MUTIARA (PEARL) bersama Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’. Ianya mengandungi lemak sihat yang membantu membekalkan tenaga kepada badan.  Selain itu, ‘pearl’ ekstrak antioksidan dalam Minyak Zaitun Olivie Power Up berfungsi sebagai pelindung daripada radikal bebas dan sokongan untuk membantu fungsi sistem tubuh akibat pengurangan penghasilan hormon melangkaui usia 40an. Minyak Zaitun Olivie Power Up juga mengandungi kandungan anti-penuaan yang tinggi dan dapat membantu meremajakan kulit, menghilangkan sel-sel mati dan memperbaiki penampilan, kecacatan, kedutan, dan bintik-bintik umur dengan berkesan dari kehidupan and...

Dapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat Dengan Minyak Zaitun

Image
Cantik Alami Dengan Minyak Zaitun Olivie  1. Mengatasi parut Parut terjadi apabila permukaan kulit luka, kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Parut yang jelas akan mengurangkan tahap keyakinan seseorang. Minyak zaitun membantu memulihkan sel kulit rosak dan membantu menjana pembentukan sel kulit baru.Tuang minyak zaitun Olivie 30X sedikit ke tapak tangan. Sapu pada bahagian parut. Boleh dibiarkan semalaman dan cuci keesokan paginya. 2. Makeup remover Minyak zaitun Olivie 30X boleh digunakan untuk membersihkan makeup di wajah dan ia bebas dari bahan kimia. Anda hanya perlu membasahi kapas dengan sedikit minyak zaitun dan mengoleskannya ke makeup yang susah dihilangkan. Dijamin makeup anda akan segera bersih dari wajah. Selain menghilangkan makeup dengan baik ternyata minyak zaitun Olivie 30X ini dapat melembapkan kulit yang selama seharian tertutup dengan makeup. 3. Menghilangkan kelemumur Kelemumur berpunca daripada kulit kepala...

Makanan Diet Sup Barli Yang Paling Mudah. Sangat Kenyang dan Menyihatkan.

Image
Inginkan makanan alternatif yang berkhasiat? Jom cuba Sup Barli. Lazat, Kenyang dan Menyihatkan! Mudah dihadam dan kaya dengan nutrisi. Bahan Barli Bunga cengkih Bunga lawang Bawang merah (hiris) Bawang putih (hiris) Halia (hiris) Lada hitam Hirisan daging Kentang Tomato Cili padi Serbuk kayu manis (Olive House) Daun ketumbar Daun sup Lobak merah Cendawan Himalayan pink salt Cara-cara 1. Basuh barli. Rebus barli sehingga kembang. Ketepikan. 2. Panaskan minyak. 3. Tumis bunga lawang, cengkih bersama bawang merah, bawang putih, halia, dan lada hitam hingga naik bau. 4. Masukkan hirisan daging. 5. Masukkan air, tomato, serbuk kayu manis, daun ketumbar, daun sup, cili padi, lobak merah, kentang dan barli. 6. Apabila sup mendidih, masukkan cendawan dan letak pink salt. 7. Tutup api. Jom makan. Untuk lebih kekal bertenaga, tuangkan minyak zaitun Olivie 30X atas sup barli anda. Kaya dengan lemak sihat yang mampu membuatkan anda lebih kua...